Ringkasan KPI Utama Mengikut Skim Geran Dana Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (DP-UMT) untuk rujukan semua penyelidik.

Infografik ini merangkumi sasaran penerbitan dan keperluan KPI bagi skim geran berikut:

  1. Scholarship of Teaching Learning (SOTL);
  2. Talent & Publication Enhancement Research Grant (TAPE-RG);
  3. Matching Grant 1+2 (MG 1+2);
  4. International Partnership Research Grant (IPRG);
  5. Private Partnership Research Grant (PPRG);
  6. Post Graduate Research Grant (PGRG);
  7. Strategic Research Grant – NICHE (SRG NICHE);
  8. Strategic Research Grant – IPhD (SRG IPhD);
  9. Research Intensified Grant Scheme (RIGS); dan
  10. Inter-Disciplinary Impact Driven Research Grant (ID²RG).

Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian ialah keperluan penerbitan dalam jurnal berindeks Web of Science Core Collection (SCIE, SSCI dan AHCI) atau Scopus perlu double indeks MyCite, berafiliasi dengan pihak luar, penggraduatan pelajar PhD serta keperluan lain yang ditetapkan mengikut skim geran masing-masing.

Sehubungan dengan itu, semua Ketua Penyelidik dan ahli projek dimohon untuk meneliti KPI yang ditetapkan serta merancang pencapaian output projek sepanjang tempoh pelaksanaan geran.

Infografik ini merupakan ringkasan untuk rujukan pantas. Maklumat dan ketetapan terperinci adalah tertakluk kepada Garis Panduan setiap skim geran yang sedang berkuat kuasa.