Search

Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT) Tahun 2022 bagi Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS)kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta mulai 31 Januari 2022 hingga 20 Februari 2022 di peringkat UMT. Pembukaan permohonan ini dilaksanakan secara dalam talian melalui sistem MyGRANTS (Malaysia Greater Research Network System) yang boleh diakses di pautan https://mygrants.gov.my.

Permohonan TRGS Tahun 2022adalah berdasarkan kepada empat (4) panggilan kertas cadangan (call for proposals) dan lapan (8) kluster penyelidikan seperti berikut:

BIL CALL FOR PROPOSALS KLUSTER

LAMPIRAN

 
1.

 

Energy, Climate Change and Environment 1.      Frontier Technologies & Advanced Manufacturing

2.      Education & Knowledgeable Civil Society

3.      National Security

4.      Health

5.      Climate Change & Environment

6.      Basic Infrastructure

7.      Food Safety & Security

8.      Social & Economic Wellbeing

1/2022 – A  
2.

 

Pandemic Mitigation, Preparedness, Response and Recovery 1/2022 – B
3.

 

National Resilience to Security Threats 1/2022 – C
4. Artificial Intelligence and Internet of Everything Technology 1/2022 – D

Setiap permohonan hendaklah menepati kriteria dan syarat yang ditetapkan seperti berikut:

Universiti

 Diwajibkan berdaftar dan mengisi data pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA®) dalam Sistem Malaysia Research Assessment Instrument (Sistem eMyRA) Tahun 2020. Senarai Institusi yang layak memohon geran penyelidikan bagi tahun 2022 adalah seperti di Lampiran A;

Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu memastikan penyelidik yang telah diluluskan projek penyelidikan di bawah Skim Geran Penyelidikan KPT bagi fasa terdahulu telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam MyGRANTS dan disahkan oleh RMC berdasarkan Laporan Pemantauan Bilangan 2 Tahun 2021; dan

RMC perlu membuat penilaian dalaman di peringkat Institusi dengan melantik minimum dua (2) orang panel penilai berpangkat Profesor atau Profesor Madya untuk setiap permohonan (sila rujuk Lampiran B bagi Panduan dan Kriteria Panel Penilai Dana Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (DP KPT)).

Penyelidik

Permohonan geran penyelidikan dibuka kepada semua penyelidik yang memenuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan TRGS (Pindaan Tahun 2022). Garis Panduan ini dicapai secara dalam talian melalui sistem MyGRANTS;

Penyelidik hanya dibenarkan untuk mengemukakan satu (1) permohonan sebagai Ketua Projek bagi TRGS;

Penyelidik perlu mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC dalam MyGRANTS. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap; dan

Penyelidik juga perlu mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi dan Laporan Akhir bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS.

 Siling peruntukan dan tempoh penyelidikan yang ditetapkan untuk TRGS adalah sebanyak RM1,500,000.00 (tahun pertama tidak melebihi 50% daripada jumlah keseluruhan) bagi tempoh tiga (3) tahun penyelidikan;

Setiap permohonan mestilah mematuhi semua syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan TRGS (Pindaan Tahun 2022) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.

Sehubungan itu, bersama-sama ini disertakan maklumattimeline bagi proses permohonan, penilaian dan penyerahan proposal kepada pihak pemberi dana.

Sukacita diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan melalui sistem MyGRANTS mestilah lengkap, berkualiti, mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkan. Kementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan sekiranya gagal untuk mematuhi syarat dan  kriteria yang telah ditetapkan.

MUAT TURUN