Search

PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN | RESEARCH MANAGEMENT OFFICE

FAQ

 

Dana UP ialah dana yang diterima daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). Mulai tahun 2017, iaitu sejak Universiti Malaysia Terengganu dianugerahkan status Universiti Penyelidikan pada tahun 2006. Agihan peruntukan Dana Universiti Penyelidikan ini menyokong dasar yang dibangunkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui empat teras utama iaitu Talent Development, Research Prominence, Bridging the Grand Challenge dan Wealth Creation.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Permohonan boleh dibuat dengan merujuk iklan hebahan pembukaan permohonan. Hebahan akan dibuat melalui laman web CRIM, email, atau surat rasmi daripada CRIM.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Ketua Projek perlu mengambil tindakan berikut di SMPU :

  1. Klik pengesahan penerimaan projek.
  2. Cetak Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (SPMP).
  3. Semua penyelidik menandatandatangani SPMP.
  4. Hantar 1 salinan SPMP kepada CRIM.
  5. Status Projek di SMPU akan diaktifkan (Status Projek di UFASt akan diaktifkan oleh Pegawai Bendahari dalam tempoh 5 hari bekerja selepas SMPU diaktifkan).

AKTIVITI PENYELIDIKAN

 

Pertukaran Ketua Projek/Penyelidik Bersama

Ketua Projek perlu mengisi ‘Borang Permohonan Pertukaran/Memangku Ketua Projek Penyelidikan/Penambahan Penyelidik Bersama’. Borang ini boleh di muat turun di laman web CRIM. Bagi Ketua Projek yang telah bersara, tanggungjawab ini adalah dibawah Sekretariat Penyelidikan PTj.

Boleh. Ketua Projek perlu mengisi ‘Borang Permohonan Pertukaran/Memangku Ketua Projek Penyelidikan/Penambahan Penyelidik Bersama’. Borang ini boleh di muat turun di laman web CRIM.

Boleh. Ketua Projek perlu memaklumkan secara rasmi kepada Urus Setia Dana dengan memberikan tarikh dan justifikasi penamatan penyelidik berkenaan.
 

Kewangan Penyelidikan

Ketua Projek di nasihatkan merancang belanjawan dan membuat permohonan pindah vot kepada Urus Setia Dana dengan melengkapkan ‘Borang Pemindahan Siri-V’. Borang ini boleh di muat turun dari laman web CRIM.

Baki V11000 tidak boleh digunakan untuk membayar yuran penerbitan. Ketua Projek perlu membuat permohonan pindah vot kepada Urus Setia Dana dengan melengkapkan borang ‘Borang Pemindahan Siri-V’. Borang ini boleh di muat turun dari laman web CRIM.

Tidak boleh. Ketua Projek dinasihatkan untuk membuat perolehan bagi pembelian peralatan V35000 semasa tahun pertama projek.

Tidak boleh. Ketua Projek perlu membuat permohonan kelulusan pembelian kepada Urus Setia Dana dengan melampirkan sebut harga alat. Sekiranya tiada kelulusan Urus Setia Dana, pihak Jabatan Bendahari tidak akan memproses dokumen perolehan.

Tidak boleh. Semua perolehan hanya boleh dibuat semasa projek aktif sahaja.

 

Persidangan

Kelulusan akan dipertimbangkan berdasarkan perkara berikut :

  1. Tertakluk kepada perancangan dan belanjawan semasa projek diluluskan; dan
  2. Prosedur menghadiri persidangan ke luar negara yang telah ditetapkan oleh Universiti

Boleh. Pelajar Warganegara dan Bukan Warganegara layak menggunakan peruntukan projek penyelidikan dana dalam/dana luar untuk menghadiri persidangan dalam Malaysia sahaja.

Ya, perlu. Pembayaran tuntutan kerja lapangan akan diluluskan oleh Bendahari berdasarkan kelulusan dalam Sistem Sistem e-Aktiviti.

 

Pelanjutan Tempoh

Pihak Universiti tidak menggalakkan permohonan tambah masa. Walau bagaimanapun, Ketua projek boleh mengisi ‘Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan’. Borang ini boleh di muat turunkan di laman web CRIM.

PEMANTAUAN GERAN

 

Permohonan Pemindahan Siri-V

Pemindahan Siri-V adalah perubahan yang dilakukan ke atas satu siri-V tanpa mengubah peruntukan asal projek yang telah diluluskan.

Sebaik sahaja peruntukan jumlah peruntukan vot tidak mencukupi. Pemindahan Siri-V hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang tempoh projek aktif.

  1. Ketua Projek perlu melengkapkan Borang Pemindahan Siri-V Projek Penyelidikan yang boleh dicapai melalui web CRIM dan menghantar permohonan kepada CRIM.
  2. Pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan kepada justifikasi kukuh serta memuaskan. Permohonan yang tiada justifikasi tidak akan diberi pertimbangan. Bagi permohonan yang melibatkan pembelian peralatan V35000 perlu melampirkan sebutharga alat.
  3. Bagi Geran MOSTI dan LRGS KPT kelulusan adalah tertakluk kepada pihak pembiaya Dana. Selain geran MOSTI dan LRGS KPT, kelulusan dibuat oleh pihak CRIM.

Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima. Bagi permindahan yang diluluskan, pihak CRIM akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.

 

Permohonan Pelanjutan Tempoh

Tidak digalakkan kerana projek perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Kelulusan adalah tertakluk kepada justifikasi yang kukuh.

  1. Ketua Projek perlu melengkapkan Borang UKM-SPKP-CRIM-PK03- BO01: Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan yang boleh dicapai melalui web CRIM dan menghantar permohonan kepada CRIM.
  2. Kelulusan adalah tertakluk kepada Pembiaya Dana seperti berikut :
    • Geran MOSTI dan LRGS : Kelulusan MOSTI/KPT
    • Geran KPT selain LRGS : Permohonan lanjut tempoh kurang (6) bulan atau (6) bulan tertakluk kepada kelulusan CRIM manakala lebih (6) bulan tertakluk kepada KPT.
    • Geran luar : tertakluk kepada Pembiaya Dana

Dalam tempoh TIGA (3) bulan sebelum tamat projek.

Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima/dari keputusan secara rasmi oleh Pembiaya Dana. Bagi pelanjutan yang diluluskan, pihak CRIM akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.

 

Penghantaran Laporan Kemajuan dan Laporan Akhir Penyelidikan

Semua projek yang berdaftar perlu menghantar laporan kemajuan setiap (6) bulan iaitu untuk tempoh Jan-Jun (tarikh akhir 31 Julai) dan Julai-Disember (tarikh akhir 31 Januari)

I am text block. Click edit button to change this text. Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Ut elit tellus, luctus nec ullamcorper mattis, pulvinar dapibus leo.

Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan kemajuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

 

  • Peringatan pertama akan dikeluarkan pada setiap 1 Julai (laporan Jan – Jun) / 1 Januari (laporan Julai – Disember).
  • Sekiranya laporan kemajuan belum dihantar dalam tempoh 14 hari selepas peringatan pertama, peringatan kedua akan dikeluarkan pada 15 Julai / 15 Januari.

 

Penggunaan peruntukan projek akan dibekukan sehingglah ketua projek menghantar laporan tersebut dan disemak dan disahkan oleh Fakulti/Institut/Pusat.

Semua projek penyelidikan yang berdaftar perlu menghantar laporan akhir dalam tempoh 3 bulan selepas projek penyelidikan tamat.

Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan akhir selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh tamat projek. (Sila pastikan semua tuntutan pembayaran telah dijelaskan dengan bendahari UKM).

  1. Ketua Projek Dana Universiti Penyelidikan yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan memohon sebarang bentuk Dana Universiti Penyelidikan yang baharu.
  2. Bagi Ketua Projek Dana MOSTI/KPT yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada peraturan Kementerian.
MUAT TURUN