MAKLUMAN PEMBIAYAAN DANA APPLIED INNOVATION FUND (AIF)
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
- Sebagaimana YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan pelbagai pembiayaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan agenda STI negara. Pembiayaan dana MOSTI yang dikhususkan untuk usaha pembangunan inovasi adalah Dana Applied Innovation Fund(AIF).
- Dana AIF bertujuan menghasilkan inovasi baharu atau penambahbaikan teknologi sedia ada untuk penjanaan ekonomi dan manfaat kepada masyarakat. Pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan cadangan projek yang mengandungi elemen inovasi teknologi melalui sistem https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/untuk berpeluang menerima pembiayaan dana AIF sehingga RM500,000.00
- Dana AIF terbuka kepada pemohon daripada Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Syarikat Pemula (start-up), Persatuan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan Individu di mana keutamaan akan diberikan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Belia dan Ibu Tunggal.
- Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan jua, Bahagian Dana telah memperkenalkan AIF PLUS bermula 22 Jun 2022 yang menawarkan pembiayaan kepada inovator yang mempunyai prototaip inovasi untuk menambahbaik/ menambah nilai prototaip sedia ada. Di bawah AIF Plus, pemohon dikehendakimenjalinkan kolaborasi bersama Jabatan/Agensi R&D MOSTI, Institut Penyelidikan Awam (GRI) atau Institut Penyelidikan Tinggi Awam (IPTA) dan pemohon boleh menyalurkan peruntukan yang diterima kepada Jabatan, Agensi STI, GRI atau IPTA tersebut.
- Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau jika YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berminat untuk menghadiri sesi konsultasi secara dalam talian boleh menghubungi Urus Setia Dana AIF melalui e-mel di urusetia.aif@mosti.gov.myatau talian 03-8885 8309/ 8367/ 8317/ 8552. Bersama-sama ini dimajukan infografik mengenai pembiayaan AIF dan garis panduan AIF untuk rujukan YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
- Diharapkan penyebaran maklumat mengenai Dana AIF ini akan dapat menyemarakkan minat para inovator dalam membangunkan R&D inovasi tempatan. Pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan juga dialu-alukan untuk menghebahkan makluman dana AIF kepada pihak-pihak yang berkaitan.
Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./ Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah dihargai.
Sekian, terima kasih.
GARIS-PANDUAN-AIFMAKLUMAN PEMBIAYAAN AIF
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
URUS SETIA DANA APPLIED INNOVATION FUND
Maklumat Urus setia AIF
Tel: 603-8885 8309/ 8367/ 8317/ 8552