Penyelidikan beretika dan beramanah amat digalakkan dan haruslah berpandukan kepada budaya penyelidikan universiti.
Budaya penyelidikan universiti yang baik adalah
Menjalankan penyelidikan secara jujur dan berintegriti
Menghormati subjek penyelidikan (manusia, haiwan, persekitaran) yang digunakan
Menggunakan dana awam/swasta secara berhemah
Mengiktiraf peranan dan sumbangan semua pihak yang terlibat dalam penyelidikan
Objektif
Meningkatkan kerjasama antara penyelidik dalam dan luar universiti
Meningkatkan kebolehpercayaan pemberi dana awam/swasta dalam melaksanakan penyelidikan universiti
Menghasilkan penyelidikan yang asli dan bermutu tinggi dalam persekitaran yang kondusif
Menyediakan garis panduan etika penyelidikan yang jelas kepada semua penyelidik universiti