SESI PERKONGSIAN PERANCANGAN DAN PENYEDIAAN SERTA PENILAIAN PROPOSAL PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PROTOTAIP (PRGS) DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT) TAHUN 2024
Adalah dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) Tahun 2024 di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT pada akhir Januari 2024.
Permohonan adalah terbuka kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta). Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang akan dibuka nanti dan boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my.
Sehubungan itu, satu Sesi Perkongsian Perancangan dan Penyediaan serta Penilaian Proposal Permohonan Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) Tahun 2024 akan diadakan bagi menerangkan dengan lebih lanjut berkaitan permohonan PRGS Tahun 2024. Pihak PPP menjemput semua ahli akademik yang berminat dan berhasrat untuk memohon Skim Geran Penyelidikan Prototaip (PRGS) Tahun 2024 untuk menghadiri sesi perkongsian ini. Perincian maklumat taklimat adalah sepertimana maklumat pada poster.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Dato’ Dr./Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr. boleh menghubungi Sekretariat Permohonan PRGS, Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) iaitu Puan Siti Adzim Ghazali dan Puan Siti Norzaleha di talian 09-668 4398/ 09-668 4950.
Terima kasih.