PEMBIAYAAN YURAN PENERBITAN ARTIKEL JURNAL BAGI PERUNTUKAN DANA KHAS PENYELIDIKAN DAN INOVASI
Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) akan membuka permohonan pembiayaan yuran penerbitan (artikel jurnal dan review paper) tahun 2024 bermula 1 Feb 2024 bagi peruntukan Dana Khas (Penyelidikan dan Inovasi) Tahun 2024.
Peruntukan tahun 2024 ini hanya akan membiayai permohonan bagi artikel yang diterima(accepted) atau diterbitkan (published) pada tahun 2024 sahaja. Bersama-sama ini dilampirkan Garis Panduan dan Borang Permohonan Pembiayaan Yuran Penerbitan (Pindaan 2024) untuk perhatian dan rujukan YBhg. Dato’/Prof/Prof.Madya/Dr./Tuan/Puan. Pihak PPP hanya akan menerima borang permohonan (pindaan 2024) sahaja dan pemohon perlu memahami serta mematuhi garis panduan (pindaan 2024) yang telah ditetapkan sebelum menghantar permohonan. Adalah diingatkan bahawa pihak PPP berhak untuk menolak permohonan pemohon sekiranya tidak mematuhi garis panduan.
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, YBhg. Dato’/Prof/Prof.Madya/Dr./