Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Terengganu akan menganjurkan Hari Mesra PPP pada Selasa, 15 September 2026 bermula 9.00 pagi hingga 4.00 ptg di Ruang Legar PPP.
 
Program berbentuk One Stop Centre ini membolehkan warga akademik mendapatkan khidmat nasihat, konsultasi dan penyelesaian segera urusan berkaitan geran penyelidikan, tadbir urus kewangan, penerbitan dan etika penyelidikan.
 
Empat (4) kaunter perkhidmatan akan disediakan iaitu;
1. Permohonan Geran
2. Pemantauan DP-KPT
3. Pemantauan DP-UMT
4. APC & Etika Penyelidikan

Dengan ini, semua warga akademik khususnya penyelidik UMT dijemput hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat dan perkhidmatan lain yang disediakan.
Jumpa anda disana!