𝐓𝐔𝐉𝐔𝐇 ππ„ππ˜π„π‹πˆπƒπˆπŠ π”πŒπ“, 𝐒𝐀𝐓𝐔 ππ„ππ†πˆπŠπ“πˆπ‘π€π…π€π 𝐁𝐄𝐑𝐓𝐀𝐑𝐀𝐅 πƒπ”ππˆπ€!
Β 
Tujuh penyelidik Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar kebanggaan apabila tersenarai dalam World’s Top 2% Scientists List 2025 bagi kategori Career-Long Citation Impact oleh Stanford University dan Elsevier.
Β 
Pengiktirafan ini mencerminkan impak jangka panjang penerbitan ilmiah serta sumbangan signifikan para penyelidik dalam memperkaya khazanah ilmu, memajukan bidang kepakaran masing-masing dan memperluas pengaruh penyelidikan di peringkat antarabangsa.
Β 
Kejayaan ini bukan sahaja mengharumkan nama UMT, malah memperkukuh komitmen universiti dalam memperkasa kecemerlangan penyelidikan serta menghasilkan ilmu yang memberi impak kepada masyarakat dan komuniti akademik global.
Β 
Tahniah kepada semua penyelidik yang telah mengharumkan nama UMT di persada dunia!