TAKLIMAT PEMANTAUAN PROJEK PENYELIDIKAN DI BAWAH DP-UMT, FASA DISEMBER 2026
Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan mengadakan Taklimat Pemantauan Projek Penyelidikan di bawah DP-UMT bagi Fasa Disember 2026 seperti ketetapan berikut:
Tarikh: 14 Oktober 2026 (Rabu)
Masa: 10.00 pagi – 11.00 pagi
Platform: Webex (Dalam Talian)
Penyampai:
Profesor Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi
Timbalan Pengarah, Pejabat Pengurusan Penyelidikan
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan berkaitan proses pemantauan projek penyelidikan kepada Ketua Projek yang terlibat dalam kitaran pemantauan Fasa Disember 2026.
Kehadiran semua Ketua Projek yang terlibat dalam kitaran pemantauan ini adalah diwajibkan.
Ketua Projek diminta menyertai taklimat melalui pautan Webex berikut:
Pautan Webex:
https://umt.webex.com/umt/j.php?MTID=m6009bb003226c6ca273077faef831f99
Peserta digalakkan untuk log masuk 5 hingga 10 minit lebih awal bagi memastikan kelancaran akses ke sesi taklimat.
Kerjasama TDB/TP untuk memanjangkan hebahan ini kepada Ketua Projek yang berkaitan amatlah dihargai.
Sebarang perhatian dan kerjasama daripada semua pihak didahului dengan ucapan terima kasih.
Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP)
Universiti Malaysia Terengganu (UMT)