INFO PPP BIL 10/2024: PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN HAIWAN

Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Terengganu sangat menitikberatkan etika dalam penyelidikan terutama penyelidikan yang melibatkan benda hidup (haiwan) sebagai subjek kajian. Justeru itu, adalah dimohon semua penyelidik dan pelajar berkaitan mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan (JKEP) yang telah dilantik oleh pihak Universiti sekiranya kajian sedemikian dijalankan. Borang permohonan dan template proposal boleh dimuat turun melalui MyNemo>e borang> […]
INFO PPP BIL 9/2024: DOKUMEN BERKAITAN HASIL PENYELIDIKAN (PENERBITAN) BAGI GERAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KPT (DP-KPT)

Untuk makluman, semua penyelidik yang menerima geran daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) perlu memuat naik dokumen lengkap melalui system MyGRANTS sebagai bukti penerbitan bagi tujuan pengesahan penerbitan dalam badan pengindeksan. Harap maklum. (Rujukan: Tadbir Urus Geran Penyelidikan DP-KPT Edisi 5 Tahun 2022)
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENERIMAAN GERAN PENYELIDIKAN CORAL RESEARCH & DEVELOPMENT ACCELERATOR PLATFORM (CORDAP)

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Dr. Lee Jen Nie dan penyelidik bersama diatas penerimaan geran penyelidikan Coral Research & Development Accelerator Platform (CORDAP) bernilai USD $ 154,000 (~RM692,268.00).
INFO PPP BIL 3/2024: PENGHARGAAN DALAM PENERBITAN GERAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KPT (DP-KPT)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. Untuk makluman semua penyelidik yang menerima geran daripada pihak Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) , setiap artikel jurnal yang diterbitkan perlu mempunyai penghargaan yang jelas kepada Pemberi Dana merangkumi Nama Kementerian, Nama Geran dan Kod Projek Geran DP KPT agar dapat dikira sebagai KPI geran tersebut. (Rujukan: Tadbir Urus Geran Penyelidikan DP-KPT Edisi […]
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENERIMAAN GERAN KEMENTERIAN EKONOMI 2024

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya Ts. Dr. Noraida Binti Haji Ali dan penyelidik bersama di atas penerimaan geran penyelidikan Kementerian Ekonomi bernilai RM139,933.50. Tahniah! #kebersamaanumt#UandMeTogether#JomMasukUMT#MalaysiaMadani
MAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI FASA 1 TAHUN 2024: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah selesai membuat pertimbangan terhadap permohonan bagi Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 1 Tahun 2024. 7 projek penyelidikan diperakukan dan diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM1,709,006.00. Tahniah diucapkan kepada ahli akademik yang berjaya memperoleh kelulusan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri (IMaP) Fasa 1 Tahun 2024! #kebersamaanumt#UandMeTogether#JomMasukUMT#MalaysiaMadani
MAKLUMAN KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PENYELIDIK MUDA (FRGS-EC) TAHUN 2024: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah selesai membuat pertimbangan terhadap permohonan yang dikemukakan bagi Skim Geran Penyelidikan Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024. 21 projek penyelidikan diperakukan dan diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM590,310.00. Tahniah diucapkan kepada ahli akademik yang berjaya memperoleh kelulusan Skim Geran Penyelidikan Penyelidik Muda (FRGS-EC) Tahun 2024! #kebersamaanumt#UandMeTogether#JomMasukUMT#MalaysiaMadani
FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) HALA TUJU PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI (KPT)

Focus Group Discussion (FGD) Hala Tuju Penyelidikan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam RMKe-13 (zon pantai timur) akan diadakan pada 5 september 2024 di Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kolaborasi penganjuran bersama UMT dan Universiti Malaya (UM) bagi program ini melibatkan pemegang taruh KPT & beberapa agensi yang dikenalpasti. Objektif penganjuran adalah untuk mengkaji semula pencapaian dan impak aktiviti […]
HEBAHAN PELANTIKAN PEGAWAI BARU

Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) telah menerima pegawai baru, Norizan binti Zakaria sebagai Penolong Pendaftar di Seksyen Pengurusan Pemantauan Geran Penyelidikan (Kementerian dan Agensi/DP-KPT) bagi menggantikan Puan Fadzilah Ambak yang bertukar ke Fakulti Pengajian Maritim berkuatkuasa 1 Ogos 2024. Sehubungan dengan itu, semua urusan berkaitan Pemantauan Geran Penyelidikan (Kementerian dan Agensi/DP-KPT), warga […]
KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN UMT (DP-UMT) TAHUN 2024

– POSTGRADUATE RESEARCH GRANT (PGRG) – SKIM GERAN PEMBIAYAAN SEPADAN (MATCHING GRANT 1+2) – INTERNATIONAL PARTNERSHIP RESEARCH GRANT (IPRG) – PRIVATE PARTNERSHIP RESEARCH GRANT (PPRG) Adalah dimaklumkan bahawa Jawatankuasa Penilaian Teknikal danJawatankuasa Pemandu Domain Penyelidikan UMT telah selesai membuat penilaian dan pertimbangan terhadap permohonan empat (4) Skim Geran Penyelidik di bawah Dana Penyelidikan UMT (DP-UMT) Tahun 2024. […]