UCAPAN TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI NAIB CANSELOR UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT) KE-6

Warga Pejabat Pengurusan Penyelidikan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pelantikan YBrs. Prof. Ts. Dr. Mohd Zamri bin Ibrahim sebagai Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu yang ke-6. Selamat menjalankan tugas dan semoga UMT terus cemerlang di bawah kepimpinan YBrs. Prof.
PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PROGRAM PADANAN INDUSTRI (INDUSTRY MATCHING PROGRAMME (IMaP)) FASA KEDUA TAHUN 2024

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri(Industry Matching Programme (IMaP)) Fasa 2/2024. Falsafah: a) Universiti perlu menjadi pilihan utama kepada pihak industri sebagai rakan strategik dalam penyelidikan untuk memberi penyelesaian atau memenuhi keperluan industri melalui inovasi produk atau proses menggunakan kepakaran penyelidik. Melalui inisiatif IMaP, penglibatan industri secara langsung […]
KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN PEMBANGUNAN PROTOTAIP (PRGS) TAHUN 2024: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah selesai membuat penilaian dan pertimbangan terhadap permohonan SkimGeran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Tahun 2024. Keputusan permohonan adalah seperti berikut: Satu (1) projek penyelidikan diperakukan dan diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM250,000.00. Tahniah diucapkan kepada penyelidik yang berjaya memperoleh kelulusan Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS) Tahun 2024.
KEPUTUSAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2024: UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah selesai membuat penilaian dan pertimbangan terhadap permohonan SkimGeran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2024. Keputusan permohonan adalah seperti berikut: 30 projek penyelidikan diperakukan dan diluluskan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4,659,951.00. Tahniah diucapkan kepada ahli akademik yang berjaya memperoleh kelulusan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2024.
INFO PPP BIL 7/2024: KATEGORI KEPUTUSAN PEMANTAUAN DPKPT/DPUMT

Untuk makluman, pihak PPP melaksanakan pemantauan projek dua (2) kali setahun (mengikut jenis geran) bagi memantau pencapaian projek yang dijalankan oleh Ketua projek dari segi Carta Perbatuan (milestone), Kewangan, Bakat serta KPI yang telah diletakkan sebagai sasaran dalam proposal projek (Penerbitan/Harta Intelek). Berikut adalah kategori keputusan pemantauan dan kriteria yang dinilai sebagai rujukan.
INFO PPP BIL 6/2024: PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN (HAIWAN DAN MANUSIA)

INFO PPP BIL 6/2024: PERMOHONAN KELULUSAN ETIKA PENYELIDIKAN (HAIWAN DAN MANUSIA) Adalah dimaklumkan bahawa pihak Universiti Malaysia Terengganu sangat menitikberatkan etika dalam penyelidikan terutama penyelidikan yang melibatkan benda hidup seperti haiwan, tumbuhan atau manusia sebagai subjek kajian. Justeru itu, adalah dimohon semua penyelidik mendapatkan kelulusan daripada Jawatankuasa Etika Penyelidikan (JKEP) yang telah dilantik oleh pihak Universiti sekiranya […]
UCAPAN TAHNIAH DI ATAS PENERIMAAN GERAN PENYELIDIKAN YAYASAN PENYELIDIKAN ANTARTIKA SULTAN MIZAN – YPASM POLAR RESEARCH GRANT 2024 (YPASM)

Sekalung tahniah diucapkan kepada Prof. Madya ChM. Dr. Alyza Azzura Abd Rahman Azmi dan penyelidik bersama di atas penerimaan geran penyelidikan Yayasan Penyelidikan Antartika Sultan Mizan – YPASM Polar Research Grant 2024 bernilai RM130,000.00. Tahniah!
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1445H, 2024M DARI PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN UMT
CALL FOR APPLICATION: MALAYSIA SCIENCE ENDOWNMENT (MSE) X INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIP FUND (ISPF) RESEARCH COLLABORATION GRANT

Malaysia Science Endowment (MSE) is an initiative by Ministry of Science, Technology and Innovation (MOSTI) and Academy of Sciences Malaysia (ASM) to sustain national R&D funding. Through MSE, the Malaysian Government collaborates with the United Kingdom (UK) Government to jointly implement the Malaysia Science Endowment (MSE) x International Science Partnership Fund (ISPF) Research Collaboration Grant. […]
HEBAHAN PEMBUKAAN GERAN ANTARABANGSA DI BAWAH UK-INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIP FUND (UK-ISPF)

Pihak UK International Science Partnership Fund (ISPF) Program telah menawarkan beberapa jenis/kategori geran mengikut bidang fokus yang berbeza. Maklumat lanjut berkaitan kategori penawaran geran di bawah UK-ISPF ini boleh diperolehi di dalam slide sepertimana di lampiran (a) (b) (c) (d). Disertakan link pendaftaran BHC KL Science and Innovation Network (SIN) Malaysia untuk pengemaskinian maklumat terkini dari […]