Search

Dari Meja Pengarah

Bismillah بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Selamat datang ke laman web Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP), UMT. Saya bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata’ala kerana dengan limpah dan izinNya laman web PPP dapat dibangunkan dengan matlamat menyebarkan fungsi dan peranan Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP)  dalam memperkasakan aktiviti penyelidikan. PPP sangat yakin melalui penglibatan kakitangan akademik UMT,  para cendiakawan yang tersohor dan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi yang diiktiraf di peringkat nasional dan antarabangsa dapat dilahirkan. Laman web ini   juga berfungsi sebagai salah satu pusat informasi dan rujukan mengenai pengurusan dan pelaksanaan aktiviti penyelidikan
Pejabat Pengurusan Penyelidikan sentiasa  menghargai komitmen dan usaha setiap penyelidik dalam meningkatkan produktiviti, kuantiti dan kualiti hasil penyelidikan. Pejabat Pengurusan Penyelidikan sentiasa berusaha kearah membudayakan kecemerlangan menyeluruh dalam semua aspek serta penyampaian perkhidmatan melalui iltizam yang di nyatakan dalam objektif perkhidmatan PPP iaitu mengurus dan menyelaras permohonan geran penyelidikan ahli akademik UMT, mengurus dan menyelaras pemantauan dan tadbir urus geran penyelidikan di UMT, menyelaras penyediaan data geran penyelidikan, menyelaras penetapan sasaran MyRA PTJ, mengurus dan menyelaras pemantauan pencapaian MyRA dan HICoE dan  mengurus  kewangan penyelidikan, akaun amanah dan pentadbiran PTJ.
Akhir kata, saya berharap semua warga UMT akan mendapat manfaat dari laman web ini dan kami mengalu-alukan sebarang cadangan dan pandangan bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik dapat disalurkan demi kecemerlangan penyelidikan universiti.
Sekian.
Prof. ChM Dr. Suhaimi bin Suratman
Pengarah
Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP)
Universiti Malaysia Terengganu
MUAT TURUN