AKTIVITI PENYELIDIKAN
Pertukaran Ketua Projek/Penyelidik Bersama
Boleh. Ketua Projek perlu mengisi ‘Borang Permohonan Pertukaran/Memangku Ketua Projek Penyelidikan/Penambahan Penyelidik Bersama’. Borang ini boleh di muat turun di laman rasmi PPP.
Kewangan Penyelidikan
Pembelian bahan kimia projek saya tidak diluluskan oleh Jabatan Bendahari kerana peruntukan V27000 tidak mencukupi dan projek tidak dapat diteruskan. Bagaimana cara untuk saya meneruskan projek?
Baki V11000 tidak boleh digunakan untuk membayar yuran penerbitan. Ketua Projek perlu membuat permohonan pindah vot kepada Urus Setia Dana dengan melengkapkan borang ‘Borang Pemindahan Siri-V’. Borang ini boleh di muat turun dari laman web PPP.
Tidak boleh. Ketua Projek dinasihatkan untuk membuat perolehan bagi pembelian peralatan V35000 semasa tahun pertama projek.
Tidak boleh. Ketua Projek perlu membuat permohonan kelulusan pembelian kepada Urus Setia Dana dengan melampirkan sebut harga alat. Sekiranya tiada kelulusan Urus Setia Dana, pihak Jabatan Bendahari tidak akan memproses dokumen perolehan.
Tidak boleh. Semua perolehan hanya boleh dibuat semasa projek aktif sahaja.
Persidangan
Kelulusan akan dipertimbangkan berdasarkan perkara berikut :
- Tertakluk kepada perancangan dan belanjawan semasa projek diluluskan; dan
- Prosedur menghadiri persidangan ke luar negara yang telah ditetapkan oleh Universiti
Boleh. Pelajar Warganegara dan Bukan Warganegara layak menggunakan peruntukan projek penyelidikan dana dalam/dana luar untuk menghadiri persidangan dalam Malaysia sahaja.
Ya, perlu. Pembayaran tuntutan kerja lapangan akan diluluskan oleh Bendahari berdasarkan kelulusan dalam Sistem Sistem e-Aktiviti.
Pelanjutan Tempoh
PEMANTAUAN GERAN
Permohonan Pemindahan Siri-V
Pemindahan Siri-V adalah perubahan yang dilakukan ke atas satu siri-V tanpa mengubah peruntukan asal projek yang telah diluluskan.
Sebaik sahaja peruntukan jumlah peruntukan vot tidak mencukupi. Pemindahan Siri-V hanya boleh dibuat SEKALI sahaja sepanjang tempoh projek aktif.
- Ketua Projek perlu melengkapkan Borang Pemindahan Siri-V Projek Penyelidikan yang boleh dicapai melalui web PPP dan menghantar permohonan kepada PPP.
- Pertimbangan kelulusan adalah berdasarkan kepada justifikasi kukuh serta memuaskan. Permohonan yang tiada justifikasi tidak akan diberi pertimbangan. Bagi permohonan yang melibatkan pembelian peralatan V35000 perlu melampirkan sebutharga alat.
- Bagi Geran MOSTI dan LRGS KPT kelulusan adalah tertakluk kepada pihak pembiaya Dana. Selain geran MOSTI dan LRGS KPT, kelulusan dibuat oleh pihak PPP.
Ketua Projek akan dimaklumkan melalui surat rasmi dalam tempoh tujuh (7) hari dari permohonan yang lengkap diterima. Bagi permindahan yang diluluskan, pihak PPP akan mengemaskini maklumat kelulusan dalam SMPU.
Permohonan Pelanjutan Tempoh
Tidak digalakkan kerana projek perlu diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan. Kelulusan adalah tertakluk kepada justifikasi yang kukuh.
Penghantaran Laporan Kemajuan dan Laporan Akhir Penyelidikan
Semua projek yang berdaftar perlu menghantar laporan kemajuan setiap (6) bulan iaitu untuk tempoh Jan-Jun (tarikh akhir 31 Julai) dan Julai-Disember (tarikh akhir 31 Januari)
Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan kemajuan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
- Peringatan pertama akan dikeluarkan pada setiap 1 Julai (laporan Jan – Jun) / 1 Januari (laporan Julai – Disember).
- Sekiranya laporan kemajuan belum dihantar dalam tempoh 14 hari selepas peringatan pertama, peringatan kedua akan dikeluarkan pada 15 Julai / 15 Januari.
Penggunaan peruntukan projek akan dibekukan sehingglah ketua projek menghantar laporan tersebut dan disemak dan disahkan oleh Fakulti/Institut/Pusat.
Semua projek penyelidikan yang berdaftar perlu menghantar laporan akhir dalam tempoh 3 bulan selepas projek penyelidikan tamat.
Ketua Projek perlu melengkapkan dan menghantar laporan akhir selewat-lewatnya 3 bulan selepas tarikh tamat projek.
- Ketua Projek Dana Universiti Penyelidikan yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan tidak dibenarkan memohon sebarang bentuk Dana Universiti Penyelidikan yang baharu.
- Bagi Ketua Projek Dana MOSTI/KPT yang tidak menghantar laporan akhir dalam tempoh yang ditetapkan adalah tertakluk kepada peraturan Kementerian.