Search

Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) melalui Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) akan menawarkan Geran Penyelidikan LPPKN 2025 dengan mengkhususkan kepada bidang Kependudukan, Kekeluargaan, Kesihatan Reproduktif serta Dasar dan Program Berkaitan Kependudukan, Keluarga dan Kesihatan Reproduktif.

Permohonan geran penyelidikan ini terbuka kepada penyelidik daripada Institut Pengajian Tinggi Awam / Swasta dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), dengan tempoh penyelidikan adalah dalam tempoh lapan (8) bulan sahaja.


Untuk maklumat lanjut sila hubungi pihak urus setia seperti berikut:

UNIT PENGURUSAN DATA PENYELIDIKAN
Bahagian Penyelidikan Kependudukan dan Keluarga
Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
No. Tel: 603-2613 7555 (samb:1604/1606/1610/1612)
Emel: admingp@lppkn.gov.my