Search

Dilampirkan dokumen senarai jurnal di dalam Scopus berdasarkan CiteScore dan Quartile tahun 2023 mengikut subjek Agricultural & Biological Sciences and Earth & Planetary Sciences sebagai rujukan. Senarai jurnal ini  telah dikemaskini oleh pihak Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah (PSNZ) UMT dan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

 

Pihak Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) akan melihat kepada senarai ini bagi penentuan penerbitan artikel jurnal dalam bidang nic bagi permohonan pembiayaan yuran penerbitan artikel jurnal (Dana Khas Penyelidikan dan Inovasi). Walau bagaimanapun, peruntukan yuran penerbitan PPP ini tidak boleh digunakan untuk membiayai  artikel jurnal yang diterbitkan oleh Hindawi, Frontiers dan MDPI.Pihak universiti juga sangat menggalakkan usaha untuk menerbitkan artikel di dalam jurnal yang disenaraikan bagi membantu meningkatkan keterlihatan UMT dalam bidang Nic tersebut.