Search

 

 

Berdasarkan surat daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), semua universiti awam adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan peruntukan Dana Kerajaan untuk membiayai sebarang penerbitan yang diterbitkan oleh tiga (3) penerbit iaitu Hindawi, Frontier dan MDPI.

 

 Oleh yang demikian, bantuan pembiayaan Article Processing Fee (APC) dan proofreadmenggunakan peruntukan daripada Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) untuk penerbitan yang dihantar kepada ketiga-tiga penerbit tersebut sudah tidak diluluskan bermula 13 Julai 2023 yang lalu.

 

Pembayaran APC juga tidak boleh digunakan bagi geran yang sumbernya daripada Dana Kerajaan seperti FRGS, PRGS, TRGS, LRGS, MyPair dan lain-lain. Ini termasuk juga geran daripada sumber dalaman UMT seperti TAPE-RG, RIGS, IPRG, PPRG, Matching Grant 1+3 dan lain-lain.

 

Laranganpenggunaan Dana Kerajaan untuk APC juga terpakai untuk semua geran yang terdapat di PTj-PTj lain termasuk di Tabung-Tabung Amanah Fakulti dan Institut.

Larangan ini tidak terpakai untuk pembayaran APC menggunakan sumber selain daripada Dana Kerajaan, akan tetapi ianya tidak digalakkan.

 

Untuk maklumat lanjut sila hubungi talian 09-6684384 (Pn. Nur Hayatie A Ghani).