Adalah dimaklumkan bahawa pihak Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) akan membuka permohonan pembiayaan yuran penerbitan (APC) (artikel jurnal dan review paper) pada 16 Feb 2025 bagi peruntukan Dana Khas (Penyelidikan dan Inovasi) Tahun 2025 dengan menggunakan Garis Panduan dan Borang Permohonan Pindaan 2025.
Peruntukan tahun 2025 ini hanya akan membiayai permohonan bagiartikel yang diterima (accepted) atau diterbitkan (published) pada tahun 2025 sahaja. Manakala bagi artikel yang diterbitkan pada tahun 2024 dalam jurnal WoS Q1/Q2/Bidang Nic UMT SAHAJA akan diberikan tempoh sehingga 31 Mac 2025 untuk membuat permohonan pembiayaan. Adalah diingatkan bahawa peruntukan sebanyak 75% daripada dana APC akan diberikan kepada artikel yang diterbitkan dalam jurnal WoS Q1/Q2 (yang juga disenaraikan di dalam Scopus) atau dalam jurnal yang disenaraikan di dalam Bidang Nic UMT dan lebihan 25% adalah untuk artikel yang diterbitkan dalam jurnal WoS Q3/Q4 dan Scopus.
Bersama-sama ini dilampirkanGaris Panduan dan Borang Permohonan Pembiayaan Yuran Penerbitan (Pindaan 2025) sebagai rujukan. Juga boleh dimuat turun melalui MyNemo – Sokongan – e-borang – Pejabat Pengurusan Penyelidikan – Seksyen Pengurusan Data dan Penerbitan .
Pihak PPP hanya akan menerima Borang Permohonan (Pindaan 2025) sahaja dan pemohon perlu memahami serta mematuhi Garis Panduan (Pindaan 2025) yang telah ditetapkan sebelum menghantar permohonan. Adalah diingatkan bahawa pihak PPP berhak untuk menolak permohonan pemohon sekiranya tidak mematuhi garis panduan.
