Search
           Sukacita dimaklumkan program Pathway to Impact tajaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia melalui Dana Kajian Higher Education Policy Studies – HEPS akan menganjurkan satu sesi forum; Research Impact Forum: Showcasing Malaysian Impact Case Studies secara dalam talian. Pihak kami (IPPP), berbesar hati ingin menjemput warga penyelidik dari UA dan US untuk bersama-sama kami dalam sesi forum ini.  Forum ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan berkaitan kajian penyelidikan berimpak kepada penyelidik dan pentadbir projek penyelidikan di universiti – universiti Malaysia dan membincangkan berkaitan kajian kes oleh peserta Program Pathway to Impact pada tahun 2021.
           Dimaklumkan juga sesi ini merupakan sesi penutup bagi menghargai komitmen YBrs. Prof. / Prof. Madya / Dr. / Tuan / Puan, sebagai peserta program Pathway to Impact dan pencapaian peserta yang terpilih sebagai pemenang bagi anugerah – anugerah berikut:
  • Anugerah Penyelidik Harapan / Emerging Researcher Award
  • Anugerah Impak Berpotensi / Potential Future Impact Award
  • Anugerah Penyelidik Senior / Senior Academic Award
  • Anugerah Penyelidikan Berimpak / Impactful Research Award
           Berikut merupakan butiran forum dan agenda program:

Nama program: Research Impact Forum: Showcasing Malaysian Impact Case Studies

Tarikh: 30 Jun 2022 (Khamis)
Masa: 2:00 – 4:00 petang
Pautan Pendaftaran: https://www.eventbrite.com/e/research-impact-forum-showcasing-malaysian-impact-case-studies-tickets-366519528777
Agenda program:
  • Ucapan pembukaan 
  • Research Impact Forum: Showcasing Malaysian Impact Case Studies
    • Moderator: Prof. Dr. Ainurul Rosli & Dr. Jane Chang (Social Innovation Movement – SIM / Brunel University London)
    • Panel:
      • Dr. Foo Su Chern (Monash University Malaysia)
      • Dr. Nurul Huda Abd Kadir (Universiti Malaysia Terengganu)
      • Prof. Madya Dr. Nor Azian Abdul Murad (Universiti Kebangsaan Malaysia)
      • Prof. Dr. Rahinah Ibrahim (Universiti Putra Malaysia)
  • Sesi soal jawab
  • Pengumuman Anugerah Program Pathway to Impact 
   Dilampirkan bersama emel ini, brosur program. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada urusetia program di emel: tanhw@um.edu.my (Dr. Tan Hsiao Wei) / azizi.bkr@um.edu.my (Dr. Azizi Abu Bakar).
MUAT TURUN