Search

KRONOLOGI PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN

PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN


2002

Pada 1 Jun 2002, Sekretariat Penyelidikan telah ditubuhkan di bawah PTJ Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ketika itu, Sekretariat Penyelidikan  berfungsi untuk  menguruskan penyelidikan terutamanya bagi pengurusan geran penyelidikan (Geran   yang diperolehi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM)) dan pengurusan program penggalakan serta pembudayaan penyelidikan.


2004

Setelah melalui beberapa fasa pengurusan,  pada tanggal 18 Oktober 2004, Sekretariat Penyelidikan telah dinaik taraf menjadi Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan berdiri sebagai  PTJ yang khusus untuk menguruskan penyelidikan di KUSTEM agar lebih terancang. 


2005

Proses pemantapan pengurusan penyelidikan di KUSTEM terus berlaku apabila pada  13 Febuari 2005, pihak universiti telah membuat penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran  penyelidikan. Melalui penstrukturan tersebut, pihak KUSTEM  telah melantik Dekan, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), dimana dengan lantikan pengwujudan jawatan ini semua    program dan aktiviti penyelidikan   di universiti berupaya di rancang dengan lebih strategik dan  pemantauan  yang berkesan.  

Dengan pewujudan jawatan Dekan dan Pejabat Dekan HEPI, secara pentadbirannya, Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) di pertanggungjawabkan  dibawah pentadbiran dan pemantauan Dekan HEPI.


2007

Selaras dengan penjenamaan KUSTEM kepada UMT pada tahun 2007, UMT telah mewujudkan jawatan Penolong Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi. Melalui pewujudan jawatan ini, struktur penyelidikan & inovasi di UMT semakin penting dan kualiti penyelidik dan penyelidikan dapat dirancang dan ditingkatkan.


2009

1 Jun  2009, sekali lagi Pusat Pengurusan Penyelidikan telah di beri mandat dan kepercayaan  dengan   perluasan kefungsiannya  kepada pengurusan inovasi yang berfokus kepada pengurusan harta intelek dan perkhidmatan perundingan.


2012

Manakala pada tahun 2012, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selari dengan pencapaian UMT dalam bidang penyelidikan.


2019

Pada 2019, PPP di kenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) (Centre  For Research, Innovation and Management, CRIM).2002
Pada 1 Jun 2002, Sekretariat Penyelidikan telah ditubuhkan di bawah Institut Oseanografi (INOS), Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia (KUSTEM). Ketika itu, Sekretariat Penyelidikan  berfungsi untuk  menguruskan penyelidikan terutamanya bagi pengurusan geran penyelidikan (Geran yang diperolehi daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi  (MOSTI) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan pengurusan program penggalakan serta pembudayaan penyelidikan.


2004
Setelah melalui beberapa fasa pengurusan, pada 18 Oktober 2004, Sekretariat Penyelidikan telah dinaik taraf menjadi Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan berdiri sebagai  entity khusus untuk menguruskan penyelidikan di KUSTEM agar lebih terancang.


2005
Proses pemantapan pengurusan penyelidikan di KUSTEM diteruskan dan sehingga  13 Febuari 2005, pihak universiti telah membuat penstrukturan semula pengurusan dan pentadbiran  penyelidikan. Melalui penstrukturan tersebut, pihak KUSTEM  telah melantik Dekan, Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi (HEPI), dimana dengan pengwujudan jawatan ini semua program dan aktiviti penyelidikan di universiti berupaya di rancang dengan lebih strategik dan wujud pemantauan yang berkesan.
Dengan adanya Dekan dan Pejabat Dekan HEPI, Pusat Pengurusan Penyelidikan (PPP) adalah bertanggungjawab dibawah pentadbiran dan pemantauan Dekan HEPI.


2007

Selaras dengan penjenamaan KUSTEM kepada UMT pada tahun 2007, UMT telah mewujudkan jawatan Penolong Naib Canselor, Penyelidikan & Inovasi. Melalui pewujudan jawatan ini, struktur penyelidikan & inovasi di UMT semakin berfokus. Dengan itu, kualiti penyelidik serta penyelidikan dapat dirancang dan ditingkatkan.


2009

Pada 1 Jun  2009, sekali lagi Pusat Pengurusan Penyelidikan telah di beri mandat dan kepercayaan  dengan   perluasan kefungsiannya  kepada pengurusan inovasi yang berfokus kepada pengurusan harta intelek dan perkhidmatan perundingan.


2012

Pada tahun 2012, pihak Kementerian Pendidikan Tinggi telah meluluskan jawatan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) selari dengan pencapaian UMT dalam bidang penyelidikan. PPP kemudiannya di kenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi atau Research Management and Innovation Centre (RMIC).


2013

Selari dengan penstrukturan baru pada awal 2013, RMIC turut mengalami transformasi penstrukturan dan kemudiannya dikenali sebagai Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC). Fungsinya dikekalkan dan diberi mandat yang lebih berfokus. Sektor Inovasi telah dijuruskan di bawah pusat pentadbiran yang lebih menjurus iaitu Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI). RMC diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh pegawai-pegawai (Profesional & Sokongan).


2015

Pada 2015, Sektor Inovasi telah dimasukkan semula ke dalam profil dan menjadi RMIC semula.


2019

Pada Oktober 2019, Research Management and Innovation Centre telah ditukar kepada Centre for Research & Innovation Management (CRIM).


2021

Pada Oktober 2021, CRIM dinamakan semula kepada Pejabat Pengurusan Penyelidikan & Inovasi (PPPI).


2022

Pada Januari 2022, PPP telah dinamakan semula sebagai Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) atau Research Management Office (RMO), kerana profil Inovasi telah terbentuk dalam satu lagi entiti pengurusan yang menguruskan harta intelek, pengkomersilan, strategi pemasaran dan inkubator

MUAT TURUN