Search

              Sepertimana YBhg. Prof. Dato’/Prof. Dr./Prof. Madya Dr./Dr. sedia maklum, Malaysia Partnerships and Alliances in Research (MyPair) merupakan inisiatif Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam mengukuhkan penyelidikan melalui kerjasama penyelidikan bersama industri dan antarabangsa. Kerjasama penyelidikan yang dilaksanakan di bawah MyPAiR merupakan pelaksanaan projek secara bersama dengan rakan kerja daripada sektor industri dan akademik dalam negara mahupun antarabangsa. Kerjasama penyelidikan dicapai melalui perkongsian kepakaran, sumber, peralatan dan infrastruktur dalam pelaksanaan aktiviti penyelidikan.

Sehubungan itu, sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dengan kerjasama Malaysia Industry Government Group for High Technology (MIGHT) dan The Centre for for the Development of Industrial Technology, E.P.E. (CDTI) telah bersetuju untuk melaksanakan Malaysia – Spain Innovating Programme (MySIP) Tahun 2022 di bawah inisiatif MyPAiR. Pembukaan permohonan ini adalah dikhususkan bagi pelaksanaan kerjasama projek inovasi dalam bidang-bidang berikut:

a) Sustainable City Development ( Pembangunan Bandar Lestari);

b) Knowledge-based Economy /k-Economy (Ekonomi berasaskan Pengetahuan);

c) Advanced Manufacturing and Materials (Pembuatan dan Bahan Termaju);

d) Health (Kesihatan);

e) Electrical & Electronic (Elektrikal & Elektronik);

f) Aerospace (Aeroangkasa); dan

g) Smart Agriculture (Pertanian Pintar)

Program ini merupakan satu program untuk menggalak dan mempromosi pembangunan penyelidikan dan teknologi yang didorong oleh pasaran (market-driven) serta untuk menggalakkan kerjasama penyelidikan, pembangunan dan inovasi (R&D&I) di antara entiti dari kedua-dua negara melalui pembiayaan secara padanan daripada JPT, MIGHT dan CDTIPeruntukan bagi penyelidik daripada Universiti Awam (UA) adalah di bawah pembiayaan JPTperuntukan rakan industri Malaysia di bawah pembiayaan MIGHT manakala peruntukan bagi rakan industri Sepanyol adalah di bawah pembiayaan CDTI.   

                Permohonan projek perlu berasaskan industri dan berorientasikan pasaran yang mana kerjasama yang dibangunkan adalah berteraskan kerjasama teknologi bersama di antara syarikat, organisasi penyelidikan, akademik di Malaysia dan rakan industri (start-ups, PKS dan syarikat besar) di Sepanyol melibatkan pembangunan atau penambahbaikanyang penting (substantial) terhadap produk, proses atau perkhidmatan. Permohonan bagi program ini mestilah melibatkan penyelidik daripada UA dan industri Malaysia serta rakan industri daripada Sepanyol. Ahli projek perlu menepati syarat-syarat permohonan yang ditetapkan sepertimana Garis Panduan MYSIP 2022.

Pihak universiti adalah dipohon untuk mengambil perhatian akan perkara-perkara berikut:

Permohonan perlu disediakan secara bersama dengan rakan kolaborasi menggunakan template permohonan yang disediakan.

Permohonan perlu diperakukan oleh Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) dan perlu dikemukakan selewat-lewatnya pada 18 Julai 2022 (Isnin) jam 5.00 petang melalui emel (salinan softcopy)  amalina.elias@umt.edu.my beserta satu (1) salinan hardcopy ke alamat;

Pejabat Pengurusan Penyelidikan

Aras 1, Kompleks

Universiti Malaysia Terengganu

(u.p.: Urusetia Pengurusan Permohonan Geran Penyelidikan)

Permohonan yang sama juga perlu dikemukakan oleh Ketua Projek (PI) Sepanyol melalui laman web CDTI;

Pemohon adalah dipohon untuk melengkapkan dan mengemukakan MOHE Cost Proforma seperti Annex 3. Cost Proforma ini merupakan perincian peruntukan yang dipohon oleh penyelidik Malaysia daripada KPT.

Pemohon perlu mengenal pasti rakan kerjasama (counterpart) industri Malaysia dan Sepanyol. Pihak Kementerian tidak dapat membantu dalam mengenalpasti rakan kerjasama tersebut. Bukti persetujuan untuk bekerjasama perlu dilampirkan bersama permohonan;

Penilaian dalaman institusi tidak perlu dilaksanakan.

Kerjasama daripada semua amatlah dihargai dan didahului ucapan terima kasih.

Bilateral Application Form_MiGHT_MOHE_CDTI 2022

Annex 3_MOHE Cost Proforma

Annex 4_Masterlist Permohonan IPT

ANNEX 2_MOHE Funding Guideline

MYSIP call 2022 Guideline

SRT KPD UA_MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN DI BWH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) (MySIP) TAHUN 2022

MUAT TURUN