- RESEARCH INTENSIFIED GRANT SCHEME (RIGS)
- PRIVATE PARTNERSHIP RESEARCH GRANT (PPRG)
- INTERNATIONAL PARTNERSHIP RESEARCH GRANT (IPRG)
- SKIM GERAN PEMBIAYAAN SEPADAN/ MATCHING GRANT 1+2
Sukacita dimaklumkan permohonan Skim Geran Penyelidikan di bawah Dana Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu (DP-UMT) Tahun 2025 akan dibuka mulai 1 Februari 2025 – 22 Februari 2025 merangkumi empat (4) skim geran penyelidikan yang akan ditawarkan iaitu RIGS, PPRG, IPRG dan MG 1+2.

Sehubungan dengan itu, ahli akademik UMT adalah dialu-alukan untuk membuat persediaan proposal bagi permohonan geran penyelidikan seperti yang dinyatakan mulai 1 Februari 2025. Untuk makluman, permohonan bagi geran RIGS, PPRG, IPRG dan MG 1+2 adalah secara atas talian melalui sistem MyNemo (https://mynemo.umt.

Permohonan geran penyelidikan DP-UMT dibuka kepada semua ahli akademik yang layak dengan membuat rujukan Garis Panduan Pindaan Tahun 2023 dan Tahun 2024 seperti di lampiran. Bersama-sama ini juga disertakan maklumat timeline bagi proses permohonan, penilaian dan kelulusan skim geran penyelidikan RIGS, PPRG, IPRG dan MG 1+2.
Setiap permohonan mestilah mematuhi syarat dan kriteria yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan Pindaan Tahun 2023 seperti yang dilampirkan dan Dokumen Tadbir Urus Pengurusan Geran Penyelidikan UMT yang berkuatkuasa.

Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, boleh dikemukakan kepada urusetia Pengurusan Permohonan Geran Penyelidikan PPP, UMT iaitu Puan Nurhafiza binti Mohammad di talian 09-668 4947/ hafiza.m@umt.edu.my atau Puan Siti Norzaleha Mohammad di talian 09-668 4950/ miejaa@umt.edu,my.