Search

Sukacita dimaklumkan Jabatan Pendidikan Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) telah membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Program Padanan Industri(Industry Matching Programme (IMaP)Fasa 2/2024. 

Falsafah:a)Universiti perlu menjadi pilihan utama kepada pihak industri sebagai rakan strategik dalam penyelidikan untuk memberi penyelesaian atau memenuhi keperluan industri melalui inovasi produk atau proses menggunakan kepakaran penyelidik. Melalui inisiatif IMaP, penglibatan industri secara langsung dalam penyelidikan dapat ditingkatkan dan dapat menggalakkan penciptaan teknologi dan inovasi dalam negara.
 b)IMaP merupakan satu inisiatif yang menyokong Pelan Strategi 1.4 – Mengukuhkan Ekosistem Penyelidikan, Pembangunan, Inovasi dan Pengkomersialan dalam Pelan Induk Industri Baharu (NIMP) 2030.
Objektif :a)Meningkatkan penyelidikan dan pemindahan teknologi di antara Universiti/Politeknik dan industri.
 b)Membantu dan menggalakkan penyelidik untuk meneruskan penyelidikan berdasarkan hasil penyelidikan awal sehingga ke penyelidikan gunaan/eksperimental yang boleh memberikan manfaat bukan sahaja kepada industri malah komuniti.
 c)Penyelidikan yang bertujuan untuk menyelesaikan masalah industri atau menambahbaik produk/proses/sistem atau lain-lain keperluan industri.

Permohonan melaluiSistem Malaysia Greater Research Network (MyGRANTS) https://mygrants.gov.my adalah bermula pada 10 Julai 2024 hingga 25 Julai 2024 dan permohonan ini terbuka kepada staf akademik di Universiti Awam selain Universiti Penyelidikan. Staf akademik yang berminat untuk memohon hendaklah meneliti syarat-syarat dan kriteria permohonan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan skim geran yang berkenaan yang boleh dicapai dan dimuat turun melalui Sistem Malaysia Greater Research Network (MyGRANTS) https://mygrants.gov.my. Pemohon juga hendaklah mengemaskini semua maklumat dalam Profil Penyelidik dan disahkan oleh RMC melalui sistem MyGRANTS sebelum mengemukakan permohonan. Tarikh-tarikh penting bagi proses permohonan, penilaian, semakan proposal dan pengesahan proposal bagi IMaP Fasa Kedua Tahun 2024 adalah seperti berikut:

Muat turun GARIS PANDUAN

 

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Dato’ Dr./ Prof./ Dr./ Tuan/ Puan boleh menghubungi Sekretariat Permohonan IMaP, Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) iaitu Puan Siti Adzim Ghazali dan Puan Siti Norzaleha Mohamed di talian 09-6684398 / 09-6684950.

MUAT TURUN