Search

                 Sukacita dimaklumkan, Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS)  dengan ini mempelawa ahli akademik, sarjana dan institusi penyelidikan untuk mengemukakan kertas cadangan penyelidikan (research proposal) yang strategik dalam membangunkan polisi dan inisiatif yang berkesan untuk kesejahteraan negeri dan rakyat TerengganuPenyelidikan yang akan dijalankan mestilah dalam jangka masa pendek dengan tempoh penyelidikan maksimum selama ENAM (6) bulan sahaja. Dana Penyelidikan yang disediakan adalah sehingga RM35,000.00 bagi setiap kajian.

                Tempoh pembukaan permohonan geran penyelidikan ini adalah selama tiga minggu bermula pada 27 Jun 2020 (Isnin) sehingga 14 Julai 2022 (Khamis). Butiran maklumat sesi taklimat ini sepertimana berikut:

Pendaftaran kertas cadangan (research proposal) melalui di pautan berikut: https://forms.gle/ZHUE4C23Dn1vy7YMA

Sehubungan itu, pihak TSIS mengalu-alukan penyertaan dan penyerahan permohonan dana penyelidikan ini dalam menghasilkan penyelesaian yang praktikal untuk kesejahteraan rakyat dan negeri Terengganu. Dibawah adalah slaid taklimat Geran Penyelidikan TSIS yang telah disampaikan oleh YBrs. Dr. Haji Wan Mat bin Sulaiman, Ketua pegawai Eksekutif TSIS pada 26 Jun 2022 bertempat di Bilik Seminar Ibnu Khaldun, UMT sebagai rujukan.

Geran Penyelidikan TSIS 2022-Bidang-Bidang Penyelidikan-V1

Slaid Taklimat Geran TSIS

MUAT TURUN