
PERMOHONAN GERAN PENYELIDIKAN
Seksyen ini menyelaras dan melaksanakan proses permohonan geran penyelidikan merangkumi dana penyelidikan kerajaan, universiti, swasta/industri/NGO dan antarabangsa.
Juga menguruskan pengurusan permohonan potongan cukai dua kali (double tax deduction) kepada pihak industri terlibat.
Seksyen Permohonan Geran Penyelidikan bertanggungjawab menguruskan proses permohonan, penilaian permohonan dan pendaftaran semua geran penyelidikan merangkumi dana penyelidikan kerajaan, universiti, swasta/industri/NGO dan antarabangsa.
UMT menyediakan sembilan jenis geran dalaman seperti TAPE-RG, PPRG, IPRG, MG1+3, GGRG, RIGS, PGRG, SRG dan ID²RG sebagai usaha UMT untuk menyokong aktiviti penyelidikan ahli akademik. Geran dalaman ini juga dipantau oleh Seksyen Pemantauan Geran.