Sukacita dimaklumkan bahawa Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP), Universiti Malaysia Terengganu (UMT) akan menganjurkan Podcast Penyelidikan Siri 5/2026: Inspirasi Penyelidik Muda yang mengetengahkan perkongsian pengalaman, pandangan dan inspirasi daripada ahli akademik UMT berkaitan perjalanan penyelidikan, cabaran yang dihadapi serta impak yang dapat dihasilkan melalui penyelidikan.
Program ini bertujuan untuk memberikan inspirasi dan motivasi kepada warga akademik, khususnya penyelidik muda, dalam menghadapi pelbagai cabaran penyelidikan, meneroka potensi diri serta meningkatkan keupayaan menghasilkan penyelidikan yang berkualiti dan berimpak tinggi.
Maklumat program adalah seperti berikut:
Tajuk: PENYELIDIK MUDA: DARI CABARAN MENUJU IMPAK
Panel 1
Prof. Madya Dr. Siti Nur ‘Atikah binti Zulkiffli
Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, UMT
Panel 2
Prof. Madya Dr. Effi Helmy bin Ariffin
Institut Oseanografi dan Sekitaran, UMT
Moderator
Prof. Madya Dr. Suvik A/L Assaw
Fakulti Sains dan Sekitaran Marin, UMT
Tarikh: 16 November 2026 (Isnin)
Masa: 10.00 pagi
Siaran Langsung:
Saluran rasmi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) seperti pautan di bawah atau imbas kod QR yang disediakan pada poster untuk mengikuti siaran langsung.
Facebook TV UMT:
Sehubungan itu, semua warga UMT, khususnya para penyelidik dan pelajar pascasiswazah, dijemput untuk mengikuti siaran langsung podcast ini bagi mendapatkan perkongsian ilmu, pengalaman dan inspirasi daripada barisan panel jemputan.
Kerjasama dan sokongan YBhg. Prof./Prof. Madya/Dr./Tuan/Puan dalam menguar-uarkan program ini kepada warga PTj masing-masing amatlah dihargai.
Pejabat Pengurusan Penyelidikan, UMT