Search

     Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) UMT dengan kerjasama Terengganu Strategic and Integrity Institute (TSIS) akan menganjurkan satu sesi taklimat permohonan berkaitan geran penyelidikan yang ditawarkan mengikut bidang keutamaan di TSIS. Objektif utama sesi taklimat ini adalah untuk membolehkan pihak ahli akademik/penyelidik di UMT mendapatkan maklumat lanjut berkenaan peluang untuk mengemukakan permohonan geran penyelidikan berkaitan yang ditawarkan oleh pihak TSIS. Taklimat ini akan diadakan pada;

Ahad, 26 Jun 2022, 2.30 petang
Bilik Seminar Ibnu Khaldun, Aras Bawah, Kompleks Pengurusan Akademik dan Penyelidikan, Universiti Malaysia Terengganu

Kami menjemput semua penyelidik UMT ke sesi taklimat ini dan semoga ianya bermanfaat kepada semua.

MUAT TURUN