Search

VISI, MISI DAN OBJEKTIF PERKHIDMATAN

Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) sentiasa komited  dalam memperkasakan aktiviti penyelidikan.di Universiti Malaysia Terengganu selaras dengan Halatuju Penyelidikan UMT iaitu;


UMT beriltizam untuk menjadi sebuah universiti tersohor yang berfokuskan penyelidikan dalam bidang tujahannya iaitu ilmu kelautan dan sumber akuatik.


Menghasilkan  penyelidikan dan inovasi yang berkualiti dapat menonjolkan keilmuwan kesarjanaan dan keintelektualan penyelidik dalam kalangan bakat akademik.

 

Mengunggulkan kualiti penyelidikan terutamanya penerbitan artikel jurnal terindeks berimpak tinggi, melaksanakan transformasi governan penyelidikan dengan membudayakan penyelidikan kluster, memantapkan prasarana penyelidikan dan melonjakkan aktiviti inovasi, pengkomersialan dan perundingan.


Bagi mencapai hasrat tersebut , Pejabat Pengurusan Penyelidikan telah menetapkan Visi, Misi dan Objektif Perkhidmatan PPP.

VISI

Menjadi pusat kecemerlangan perkhidmatan pengurusan penyelidikan universiti

MISI

Menyediakan perkhidmatan  yang cemerlang dalam hal ehwal penyelidikan selari dengan halatuju Universiti Malaysia Terengganu

OBJEKTIF

Mengurus dan menyelaras permohonan geran penyelidikan
Mengurus dan menyelaras pemantauan dan tadbir urus geran penyelidikan
Menyelaras penyediaan data geran penyelidikan
Menyelaras penetapan sasaran MyRA PTJ
Mengurus dan menyelaras pemantauan pencapaian MyRA dan HICoE
Pengurusan kewangan, akaun amanah dan pentadbiran PTJ
MUAT TURUN