Search

PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN | RESEARCH MANAGEMENT OFFICE

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

YBhg. Prof. Dato’ Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan,

 

PEMAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN SKIM GERAN PENYELIDIKAN FUNDAMENTAL (FRGS) TAHUN 2023 DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN TINGGI (DP KPT)

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan emel pemakluman Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bertarikh 13 Februari 2023 adalah berkaitan.

  1.    Sukacita dimaklumkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan membuka permohonan Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2023di bawah Dana Penyelidikan Kementerian Pendidikan Tinggi (DP KPT) mulai 15 Februari 2023. Tempoh penyerahan permohonan di peringkat UMT bermula pada 15 Februari 2023 – 14 Mac 2023.
  1.    Permohonan ini adalah terbuka kepada kakitangan akademik di Universiti Awam dan Universiti Swasta (termasuk Kolej Universiti Swasta).Penyelidik daripada Institusi Penyelidikan (RI), Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dan Jabatan Pendidikan Politeknik & Kolej Komuniti (JPPKK) boleh terlibat sebagai Penyelidik Bersama. Permohonan adalah secara dalam talian sepenuhnya melalui Malaysia Greater Research Network System (MyGRANTS) yang boleh dicapai di pautan https://mygrants.gov.my. Tarikh-tarikh penting bagi proses permohonan, penilaian, semakan proposal dan pengesahan proposal bagi FRGS Tahun 2023 adalah seperti berikut:

 

  1.    Permohonan FRGS Tahun 2023adalah berdasarkan kepada tujuh (7) domain penyelidikan berikut:

(a)           Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT);

(b)           Teknologi dan Kejuruteraan (TK);

(c)           Sains Tulen dan Gunaan (STG);

(d)           Sains Kesihatan dan Klinikal (SKK);

(e)           Sains Sosial (SS);

(f)            Sastera dan Sastera Ikhtisas (SSI); dan

(g)           Warisan Alam dan Budaya (WAB).

  1.    Jumlah peruntukan (siling) adalah terhad kepada RM250,000.00bagi setiap projek dan tempoh penyelidikan yang dibenarkan adalah dua (2) atau tiga (3) tahun bagi geran FRGS Tahun 2023. Peruntukan dan tempoh penyelidikan yang dimohon mestilah berpadanan dengan skop projek penyelidikan. Permohonan yang dikemukakan juga mestilah memenuhi syarat dan keperluan yang telah ditetapkan dalam Garis Panduan (Pindaan Tahun 2023) dan Dokumen Tadbir Urus Dana Penyelidikan KPT yang berkuat kuasa.
  1.    Setiap permohonan juga perlu menepati syarat-syarat seperti berikut:

6.1     Institusi

 

(a)     Setiap Institusi mestilah telah berdaftar dalam Sistem Malaysia Research Assessment Instrument (Sistem eMyRA) sebelum mengemukakan permohonan. Setiap institusi juga hendaklah melengkapkan data dan mengemukakan dokumen pencapaian Malaysia Research Assessment (MyRA®) dalam Sistem eMyRA Tahun 2021. Senarai Institusi yang telah berdaftar dan layak memohon geran penyelidikan bagi tahun 2023 adalah seperti di Lampiran A;

(b)     Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) perlu memastikan pemohon yang telah diluluskan projek penyelidikan di bawah mana-mana Skim Geran DP KPT bagi fasa terdahulu telah mengisi dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam Modul Pemantauan MyGRANTS; dan RMC mengesahkan berdasarkan Laporan Pemantauan Bilangan 2 Tahun 2022; dan

(c)     RMC perlu menjalankan penilaian dalaman di peringkat Institusi bagi setiap permohonan. Sekurang-kurangnya dua (2) orang panel penilai berpangkat Profesor Madya atau Profesor perlu dilantik untuk menilai setiap permohonan.

6.2      Pemohon

(a)     Pemohon hendaklah mengemaskini dan melengkapkan Profil Penyelidik di dalam sistem MyGRANTS (merangkumi Maklumat Peribadi, Projek, Penerbitan, Harta Intelek (IP), Penyeliaan (Supervision), Pengajaran (Teaching), Perundingan (Consultation) dan Perkhidmatan Komuniti (Community Service)) dan perlu disahkan oleh RMC sebelum mengemukakan permohonan. Kementerian berhak menolak permohonan sekiranya maklumat tersebut tidak dikemaskini atau tidak lengkap;

(b)     Pemohon yang merupakan Ketua Projek bagi projek-projek yang telah diluluskan pada fasa terdahulu diwajibkan mengemaskini dan melengkapkan Laporan Prestasi/Laporan Akhir dalam Modul Pemantauan Sistem MyGRANTS; dan

(c)     Pemohon dibenarkan untuk mengemukakan permohonan sebagai Ketua Penyelidik bagi lain-lain geran DP KPT Tahun 2023. Walau bagaimanapun, pemohon hanya dibenarkan untuk mengetuai salah satu (1) projek sekiranya diluluskan lebih dari satu geran.

  1.    Sehubungan dengan itu, sukacita diingatkan bahawa semua permohonan yang dikemukakan mestilahberkualiti, lengkap, mematuhi tempoh masa dan syarat-syarat yang telah ditetapkanKementerian berhak untuk menolak mana-mana permohonan atau Institusi yang gagal untuk mematuhi syarat dan kriteria permohonan yang ditetapkan. Bersama-sama ini disertakan maklumat Garis Panduan FRGS (Pindaan Tahun 2023) dan maklumat soalan lazim berkenaan DP-KPT untuk rujukan pihak  YBhg. Prof. Dato’ Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan  jua.
  1.    Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak YBhg. Prof. Dato’ Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan   boleh menghubungi Sekretariat Permohonan FRGS, Pejabat Pejabat Pengurusan Penyelidikan (PPP) iaitu Puan Nor Amalina binti Elias dan Puan Siti Norzaleha binti Mohamed di talian 09-6684398 / 09-6684950.
  1.    Perhatian YBhg. Prof. Dato’ Dr./Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

MUAT TURUN