Search

PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN | RESEARCH MANAGEMENT OFFICE

MAKLUMAN PEMBIAYAAN DANA APPLIED INNOVATION FUND (AIF)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

  1. Sebagaimana YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan sedia maklum, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menawarkan pelbagai pembiayaan dana penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk meningkatkan agenda STI negara. Pembiayaan dana MOSTI yang dikhususkan untuk usaha pembangunan inovasi adalah Dana Applied Innovation Fund(AIF).
  1.   Dana AIF bertujuan menghasilkan inovasi baharu atau penambahbaikan teknologi sedia ada untuk penjanaan ekonomi dan manfaat kepada masyarakat. Pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan adalah dipelawa untuk mengemukakan cadangan projek yang mengandungi elemen inovasi teknologi melalui sistem https://sdb.mosti.gov.my/sdbcms/en/untuk berpeluang menerima pembiayaan dana AIF sehingga RM500,000.00
  1.    Dana AIF terbuka kepada pemohon daripada Syarikat Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), Syarikat Pemula (start-up), Persatuan, Koperasi, Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang berdaftar dan Individu di mana keutamaan akan diberikan kepada golongan Orang Kelainan Upaya (OKU), Belia dan Ibu Tunggal.
  1.   Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan jua, Bahagian Dana telah memperkenalkan AIF PLUS bermula 22 Jun 2022 yang menawarkan pembiayaan kepada inovator yang mempunyai prototaip inovasi untuk menambahbaik/ menambah nilai prototaip sedia ada. Di bawah AIF Plus, pemohon dikehendakimenjalinkan kolaborasi bersama  Jabatan/Agensi R&D MOSTI, Institut Penyelidikan Awam (GRI) atau Institut Penyelidikan Tinggi Awam (IPTA) dan pemohon boleh menyalurkan peruntukan yang diterima kepada Jabatan, Agensi STI, GRI atau IPTA tersebut.
  1.   Sebarang pertanyaan, maklumat lanjut atau jika YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan berminat untuk menghadiri sesi konsultasi secara dalam talian boleh menghubungi Urus Setia Dana AIF melalui e-mel di urusetia.aif@mosti.gov.myatau talian 03-8885 8309/ 8367/ 8317/ 8552. Bersama-sama ini dimajukan infografik mengenai pembiayaan AIF dan garis panduan AIF untuk rujukan YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan.
  1.  Diharapkan penyebaran maklumat mengenai Dana AIF ini akan dapat menyemarakkan minat para inovator dalam membangunkan R&D inovasi tempatan. Pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./Tuan/Puan juga dialu-alukan untuk menghebahkan makluman dana AIF kepada pihak-pihak yang berkaitan.

Perhatian dan kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Datuk/Prof./Dr./ Tuan/Puan berhubung perkara ini adalah dihargai.

Sekian, terima kasih.

GARIS-PANDUAN-AIFMAKLUMAN PEMBIAYAAN AIF

MAKLUMAN PEMBIAYAAN AIF

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

URUS SETIA DANA APPLIED INNOVATION FUND

Maklumat Urus setia AIF

Tel: 603-8885 8309/ 8367/ 8317/ 8552

Emel: urusetia.aif@mosti.gov.my

https://sdb.mosti.gov.my

MUAT TURUN