Search

PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN | RESEARCH MANAGEMENT OFFICE

MAKLUMAN PEMBUKAAN PERMOHONAN BAGI GERAN PENYELIDIKAN DI BAWAH DANA PENYELIDIKAN PADANAN ANTARABANGSA (MYPAIR) – INTERNATIONAL SCIENCE PARTNERSHIPS FUND (ISPF): USE OF THE ISIS NEUTRON & MUON SOURCE, UK 2024

 

Sukacita dimaklumkan, Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) melalui Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Science and Technology Facilities Council (STFC), United Kingdom telah bersetuju untuk melaksanakan kerjasama penyelidikan di bawah program International Science Partnerships Fund (ISPF) dan Malaysia Partnership and Alliances in Research (MyPAiR). Kerjasama penyelidikan ini berfokuskan kepada penggunaan ISIS Neutron and Muon Source (ISIS) di United Kingdom. ISIS merupakan salah satu pusat dan kemudahan penyelidikan yang bertempat di STFC Rutherford Appleton Laboratory berhampiran Oxford. ISIS berkeupayaan menghasilkan sinar neutron dan muons yang membolehkan para sains mengkaji bahan-bahan di peringkat atom menggunakan pelbagai instrumen. ISIS telah melaksanakan penyelidikan melibatkan lebih daripada 2,000 sains yang menggunakan neutron dan muons untuk penyelidikan dalam fizik, kimia, sains bahan, geologi, kejuruteraan, dan biologi.

 

Susulan itu, JPT dan STFC membuka permohonan penggunaan ISIS bagi pelaksanaan penyelidikan dalam pelbagai bidang. Penyelidik yang ingin memohon geran ini perlu mengisi templet Science Case(2 muka surat) seperti di lampiran. Templet Science Case yang telah lengkap perlu dikemukakan bersama-sama cover sheet yang disertakan.

 

Untuk makluman, Science Caseini akan dinilai oleh STFC dan ISIS. Permohonan yang disenarai pendek akan dipohon untuk mengemukakan permohonan penuh melalui sistem permohonan STFC (https://users.facilities.rl.ac.uk/auth/Login.aspx?service=) dan kepada e-mel urus setia MyPAiR. Penyelidik yang terlibat akan dimaklumkan untuk pengisian permohonan selepas saringan dan penilaian awal dilaksanakan oleh STFC. Maklumat am bagi permohonan ini adalah seperti di lampiran (a) (b) (c).

 

Pusat Pengurusan Penyelidikan (Research Management Centre– RMC) adalah dipohon untuk mengambil maklum akan perkara-perkara berikut:

5.1.     Maklumat lanjut berkenaan kemudahan dan penggunaan ISIS boleh diperolehi melalui pautan berikut: https://www.isis.stfc.ac.uk/Pages/Malaysia-Indonesia.aspx ;

5.2.     Setiap permohonan perlu dihantar sebagai satu (1) fail pdf. RMC dipohon untuk menghantar tersebut dalam format pdf melalui e-mel seperti di perenggan 3;

5.3.     Pihak STFC akan membiayai sebahagian kos penyelidikan. Peruntukan yang boleh dimohon bagi pembiayaan KPT adalah seperti yang tertera dalam Garis Panduan Permohonan;

5.4.     Penghantaran Science Case perlu dikemukakan kepada Sekretariat JPT dan STFC sebelum atau pada 27 Februari 2024 (Selasa) pukul 5.00 petang melalui e-mel berikut:

5.5.     Penghantaran permohonan perlu dilaksanakan mengikut tarikh dan ketetapan yang telah dinyatakan.

 

Sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada pegawai-pegawai berikut:

 

Pn. Dinesh Kaur a/p Karpal Singh

dinakaur@mohe.gov.my

03-8870 6952

 

Cik Nor Amira Farhana binti Ahmad Zailani

amira.zailani@mohe.gov.my

03-8870 6969 ext. 4584

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

MUAT TURUN