Search

PEJABAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN | RESEARCH MANAGEMENT OFFICE

LANTIKAN GRA/RA/RA-P

Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA)  atau Pembantu Penyelidik (RA)  atau Pembantu Penyelidik Pentadbiran (RA-P) ialah seseorang yang dilantik oleh Universiti Malaysia Terengganu (UMT) secara kontrak untuk membantu kerja-kerja penyelidikan dan dibayar elaun berdasarkan kadar bulanan bergantung kepada peruntukan yang diluluskan berdasarkan Garis Panduan dan Syarat yang ditetapkan oleh pemberi dana.

 

GRA adalah seseorang yang dilantik di bawah geran penyelidikan dan elaunnya dibayar menggunakan peruntukan geran penyelidikan. GRA adalah pelajar berdaftar yang mengikut pengajian peringat pasca siswazah. Penyelidikan yang dijalankan untuk pengajian pasca siswazah mestilah sama dengan tajuk penyelidikan di bawah geran penyelidikan penyelia/ketua projek.

 

RA/RA-P adalah seseorang yang dilantik di bawah geran penyelidikan dan elaunnya dibayar menggunakan peruntukan geran penyelidikan / tabung amanah PTj dan tugas serta tanggungjawab RA/RA-P perlu diselia oleh Ketua Projek/ Ketua PTj.

 

Ketua Projek merupakan seseorang yang bertanggungjawab memantau hasil kerja GRA/RA yang dilantik dengan menggunakan peruntukan yang diluluskan.

 

[Halaman muat turun borang dan garis panduan]

MUAT TURUN